Keistimewaan Rumah Agam Pinang Peranakan (Pinang Peranakan Mansion)


         Rumah Pinang Peranakan ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang. Tempat ini terletak berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di kawasan Pulau Pinang. Lokasinya dapat menarik perhatian ramai pelancong. 


Seterusnya, arca bangunan rumah agam Pinang Peranakan membawa kisahnya tersendiri. Sesiapa yang melihat seni bina bangunan tersebut akan memahami bahawa bangunannya lain dari yang lain. Seni bina bangunan ini mewakili seni bina golongan Peranakan dari dahulu. 



Selain itu , perabot yang ditempatkan di dalam rumah agam ini adalah antik dan bersejarah. Keistimewaan perabot ini dapat dilihat dan dihargai melalui kerja kayu dan juga bentuk perabot tersebut.


Keadaan di dalam Rumah Agam Pinang Peranakan . Sumber (Husna, 2020).
        

Tambahan pula , lukisan dan gambar-gambar di rumah agam Pinang Peranakan melambangkan bahawa betapa istimewanya tempat ini.





Sebagai sebuah tapak bersejarah, Rumah Agam Pinang Peranakan mempunyai beberapa perkhidmatan yang terdapat di tapaknya untuk mengukuhkan penarikan perhatian pelancong asing.

         Pertamanya, bagi memelihara kesahihan tempat tersebut sebagai sebuah tapak bersejarah di negara kita. Rumah Agam Pinang Peranakan telah dijadikan sebuah muzium yang terbuka kepada semua bagi memastikan budaya peranakan tidak dilupai oleh orang ramai. Tempat tersebut terbuka kepada orang ramai daripada hari Isnin hingga Ahad termasuk hari cuti umum dengan waktu buka 9.30 pagi hingga 5 petang.

         Kadar bayaran masuk bagi orang dewasa adalah RM 20 dan adalah PERCUMA bagi kanak-kanak. Lawatan panduan perlu ditempah sebelum tarikh mengunjung dengan pihak pentadbir tempat tersebut untuk memastikan slot sedia ada untuk pengunjung. Bahagian-bahagian yang menarik dan dibuka kepada pelancong adalah berikut:


Gambar Tangga Utama
Tangga Utama Rumah Agam Pinang Peranakan. 
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).

Dewan Ruang Tamu Rumah Agam Pinang Peranakan.
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).


Dewan Makan Rumah Agam Pinang Peranakan.
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).


        Selain daripada fungsinya sebagai sebuah muzium, tempat tersebut juga terbuka untuk pelancaran majlis tertutup. Segala perbincangan dan cadangan boleh disampaikan kepada pihak pentadbir rumah agam Pinang Peranakan melalui beberapa talian yang siap disediakan untuk mendapat kadar harga yang menarik.







    Rumah agam Pinang Peranakan kini adalah sebuah muzium yang memberi peluang kepada sesiapapun untuk melihat keindahan Pinang Peranakan . Rumah agam Pinang Peranakan ini membawa banyak kepentingan.




Bahagian Luar Rumah Agam Pinang Peranakan. Sumber (Husna, 2020).

        Pertama supaya kisah dan sejarah Pinang Peranakan dapat dipelajari dan diingati. Masih ramai diluar sana yang tidak tahu tentang Peranakan seperti apa itu Peranakan? Makanan dan minuman Peranakan?  Budaya Peranakan? Arca dan seni Peranakan? Oleh itu , dengan adanya lokasi rumah agam Pinang Peranakan soalan-soalan seperti ini dapat dijawab. Pengunjung dapat melihat sendiri sejarah, budaya, hidangan dan seni kumpulan Pinang Peranakan. Mereka juga dapat mempelajari ilmu yang baharu.


    Kedua supaya keindahan dan keunikan Pinang Peranakan tidak akan hilang dan dilupakan. Jika lokasi ini tidak dijaga kemungkinan keindahan dan keunikan Pinang Peranakan tidak dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.


Susunan Ruang Makan . Sumber ( Husna, 2020).



    Ketiga untuk menarik perhatian ramai pelancong dalam dan luar negara. Disebabkan faktor pelancongan , rumah agam ini telah menjadi sebuah muzium yang membuka pintu kepada pelawat. Hal ini demikian juga dapat menjadi sumber pendapatan kepada Malaysia. Oleh itu, rumah agam Pinang Peranakan perlu dipelihara dan tidak dimusnahkan.

Kunjungan Para Pelancong . Sumber (Husna, 2020).



Keempat supaya ekonomi negara dapat dibangunkan. Apabila ramai orang mengunjungi dan mengetahui tentang lokasi ini secara automatiknya mereka akan menyedari tentang keunikan Pinang Peranakan yang akan menarik perhatian pelabur asing untuk menjalankan perniagaan dan kerjasama dengan Malaysia.

    Kelima supaya murid-murid di sekolah dapat mempelajari dan melihat dengan mata mereka sendiri tentang Pinang Peranakan. Pembelajaran subjek Sejarah akan menjadi lebih menarik kepada para pelajar. Guru-guru dan pihak sekolah dapat menjalankan rombongan pembelajaran ke lokasi ini.


    Keenam supaya para pengkaji dapat mengkaji dengan lebih lanjut tentang Pinang Peranakan. Para pengkaji dapat menulis lebih banyak buku ataupun artikel tentang Pinang Peranakan. Tambahan pula, filem tentang Pinang Peranakan juga dapat difilemkan supaya sesiapa yang tidak pernah mengunjungi lokasi ini dapat melihat dan mempelajari tentangnya melalui filem.



No comments:

Post a Comment

Ahli -Ahli Kumpulan

Goh Shien Hoon (DBS21003) Lim Sin Yen (DBS21002) Lim Yi Kean (DHM19013) Tan Li Yan (DBS20037) Seng Ying Qi (DBS21004) Nur Maslina Sidek Bint...