Perbincangan

 


        
            Bangunan bersejarah seperti  Rumah Agam Pinang Peranakan perlulah dikekalkan dan dilindungi. Hal ini kerana bangunan bersejarah ini merupakan iktibar atau panduan kepada generasi muda zaman ini. Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat dijadikan sebagai bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia. Oleh itu, Rumah Agam Pinang Peranakan ini sepatutnya dipelihara dan dipulihara oleh rakyat Malaysia.



             Antara langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah kerajaan patutlah menjaga struktur binaan bangunan bersejarah ini agar keunikannya dapat dikekalkan dengan sempurna. Kerajaan perlulah memulihara bangunan bersejarah ini jika mengesan terdapat tanda-tanda kerosakan padanya. Dengan ini, keaslian seni bina bangunan ini barulah dapat dikekalkan selama mungkin. Apabila terdapat sesiapa yang cuba merosakkan dan menceroboh bangunan bersejarah ini, kerajaan bolehlah mendenda mereka dengan hukuman kompaun atau dipenjarakan.Hal ini dapatlah mengelakkan kerosakan pada bangunan bersejarah ini dengan berkesan(Permohonan.my).

Seterusnya, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah pihak sekolah mengadakan program lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat menambah pengetahuan tentang sejarah Malaysia dan juga kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bukan itu sahaja,mereka juga akan menyedar akan tanggungjawab mereka dalam melindungi bangunan bersejarah ini yang ditinggalkan oleh orang dahulu supaya generasi seterusnya dapat lihat juga. Selain itu, yuran masuk yang dikenakan pada pelajar dan pengunjung dapatlah membantu dalam kestabilan sumber kewangan pihak yang bertanggungjawab menguruskan bangunan bersejarah ini. Dengan ini, mereka dapat menggunakan wang itu untuk  memulihara bangunan ini(Permohonan.my).

        Tambahan pula , langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah terletak pada peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan pendidik pertama anak-anak mereka. Ibu bapa digalakkan menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah bagi menarik minat dan memupuk sifat cintakan sejarah negara. Ibu bapa perlulah membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik termasuk bangunan-bangunan bersejarah semasa cuti sekolah supaya anak-anak dapat melihat keunikan bangunan-bangunan binaan di  negara sendiri. Oleh hal yang demikian, dapatlah mewujudkan semangat patriotisme dalam sanubari mereka dan mengenali tokoh-tokoh serta kesenian warisan negara. Secara tidak langsung, ia dapat menambah bilangan pengunjung dan pendapatan syarikat yang menguruskan bangunan bersejarah serta meningkatkan industri pelancongan (Blissful Life, 2017).

Sumber: Gambar Ibu Bapa
(msutoday, n.d).

  Sehubungan dengan itu, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah adalah melalui media massa. Syarikat-syarikat produksi digalakkan supaya menghasilkan dokumentari khas yang berkisar mana-mana bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, dokumentari khas tersebut dapat memperkenalkan tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dalam dokumentari tersebut bolehlah menyiarkan keindahan tempat bersejarah dan sejarah yang berlaku pada bangunan tersebut. Dengan ini, orang ramai dapat menambah info tentang peristiwa-peristiwa mengenai bangunan bersejarah di Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media massa boleh memberikan kesan yang besar kepada dunia luar. Dengan bantuan media massa, pihak-pihak berkenaan dapat membuat publisiti secara besar-besaran dan mengajak orang ramai mengunjungi bangunan bersejarah. Semakin banyak orang mengetahui tentang kewujudan tempat bersejarah, semakin meriah lokasi-lokasi tersebut, justeru dapatlah sumber pendapatan mencukupi untuk pihak pengurusan (Permohonan.my).

Sumber: Gambar Media Massa 

(ANON, 2017).


     Akhir sekali, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah melalui peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia perlu menjadikan tempat bersejarah sebagai salah satu lokasi yang perlu dikunjungi oleh pelancong. Agensi pelancongan perlu memasukkan tempat-tempat bersejarah sebagai satu pakej pelancongan mereka. Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang mesti akan tertarik dengan keunikan bangunan bersejarah seperti Kota A'Famosa, Kota Cornwallis, Istana Kellis, dan Bangunan Stadhuys. Oleh itu, sebagai daya tarikan dan tatapan bagi pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan bersejarah ini berkait rapat dengan evolusi manusia dan sejarah tanah air kita, jadi ia mempunyai daya tarikan yang kuat. Seperti yang kita semua tahu, para pelancong sangat berminat untuk mengunjungi dan memberi penghormatan kepada bangunan bersejarah. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat pelancong asing untuk belajar mengenai sejarah negara kita dan juga dapat meningkatkan sumber pendapatan negara dalam bidang pelancongan. (MYPT3,2020).




Sumber: Gambar logo Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(ANON, 2016).















No comments:

Post a Comment

Ahli -Ahli Kumpulan

Goh Shien Hoon (DBS21003) Lim Sin Yen (DBS21002) Lim Yi Kean (DHM19013) Tan Li Yan (DBS20037) Seng Ying Qi (DBS21004) Nur Maslina Sidek Bint...