Ahli -Ahli Kumpulan





Goh Shien Hoon (DBS21003)

Lim Sin Yen (DBS21002)

Lim Yi Kean (DHM19013)

Tan Li Yan (DBS20037)

Seng Ying Qi (DBS21004)

Nur Maslina Sidek Binti Azman Shah (DBS21001)



Cikgu Ruzanna Abdul Shukor



MPU 2163



Pengajian Malaysia 2



Disted College



Pendahuluan



           Rumah itu sendiri sebelumnya bernama “Hai Kee Chan”, yang bermaksud 'Dewan Peringatan Laut' di Pinang Hokkien, dibina oleh Chung Keng Kwee, yang merupakan Kapitan China Perak dan salah seorang lelaki terkaya di Pulau Pinang pada akhir abad ke-19 (1895) (Aquino,2021).



Sumber: Pemilik Terhebat No.25 China Street

                          - Chung Keng Kwee

 (ANON, n.d).  
 
 

                                    

Sumber: Gambar Chung Keng Kwee
 (Tye,2004).



            Orang Peranakan dikenali sebagai Babas dan Nyonyas, adalah sebuah komuniti terkemuka berbudaya Cina yang unik di bahagian dunia ini, terutama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dengan nama lain, orang-orang Selat Cina. Mengamalkan cara terpilih orang Melayu tempatan dan kemudian, penjajah Inggeris, orang Peranakan telah mencipta gaya hidup dan adat istiadat yang unik yang bukan sahaja meninggalkan warisan barang antik yang kaya tetapi pengaruh budaya seperti makanan dan bahasa masih jelas di Pulau Pinang hari ini.



Sumber: Peranakan Baba dan Nyonya
(Noren,2021).



          Di Rumah Agam Pinang Peranakan, rumah khas Baba yang kaya abad yang lalu diciptakan semula untuk memberikan gambaran mengenai gaya hidup mewah mereka dan banyak adat dan tradisi mereka. Dengan lebih dari 1,000 keping barang antik dan koleksi zaman dipamerkan, muzium Baba-Nyonya ini juga ditempatkan di salah satu rumah seni bina warisan Pulau Pinang (Pinang Peranakan Mansion,2004).


Sumber: Pelbagai koleksi simpanan emas perhiasan lama
(MrJocko,2018). 


Sumber: Perhiasan dan penampilan chinaware di Muzium Peranakan
(Aquino,2021).



            Justeru, sejarah dan latar belakang Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum cina yang unik. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal dari warisan tradisi Cina, tidak seperti kebudayaan Melayu. Kaedah anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh tidak-tidak kemelayuan dan tidak-tidak lain yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Pengalaman moden yang sangat cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurang juga disebabkan oleh Barat, masih diamalkan.



Sumber : Baba dan Nyonya
(Islam,2012).


            Peranakan mengekalkan kebiasaan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Banyak sumber yang disediakan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan. Hal ini mungkin akan dijalankan daripada faktor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang secara fizikal secara menyeluruh telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.



Sumber: Potret Perkahwinan Pasangan Peranakan
(Lukacs,2005).


            Sejak beberapa kurun, Peranakan telah menciptakan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan budaya dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia dalam budaya Baba dan Nyonya.Pada pertengahan abad ke-20, pelbagai Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripada penjajahan British atas Tanah Melayu, dan kecenderungan golongan yang mudah diterima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Bahasa Inggeris dan berpendidikan, pelbagai jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih banyak digunakan sebagai Raja Chinna (Raja Cina) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan bahasa, kebanyaklah Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat berbicara dengan Cina, Melayu dan British. Kerja mereka sebagai pedagang, dan pertengahan antara Cina, Melayu dan Barat, terutamanya British (Tee, 2012).


Keistimewaan Rumah Agam Pinang Peranakan (Pinang Peranakan Mansion)


         Rumah Pinang Peranakan ini terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang. Tempat ini terletak berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah di kawasan Pulau Pinang. Lokasinya dapat menarik perhatian ramai pelancong. 


Seterusnya, arca bangunan rumah agam Pinang Peranakan membawa kisahnya tersendiri. Sesiapa yang melihat seni bina bangunan tersebut akan memahami bahawa bangunannya lain dari yang lain. Seni bina bangunan ini mewakili seni bina golongan Peranakan dari dahulu. 



Selain itu , perabot yang ditempatkan di dalam rumah agam ini adalah antik dan bersejarah. Keistimewaan perabot ini dapat dilihat dan dihargai melalui kerja kayu dan juga bentuk perabot tersebut.


Keadaan di dalam Rumah Agam Pinang Peranakan . Sumber (Husna, 2020).
        

Tambahan pula , lukisan dan gambar-gambar di rumah agam Pinang Peranakan melambangkan bahawa betapa istimewanya tempat ini.





Sebagai sebuah tapak bersejarah, Rumah Agam Pinang Peranakan mempunyai beberapa perkhidmatan yang terdapat di tapaknya untuk mengukuhkan penarikan perhatian pelancong asing.

         Pertamanya, bagi memelihara kesahihan tempat tersebut sebagai sebuah tapak bersejarah di negara kita. Rumah Agam Pinang Peranakan telah dijadikan sebuah muzium yang terbuka kepada semua bagi memastikan budaya peranakan tidak dilupai oleh orang ramai. Tempat tersebut terbuka kepada orang ramai daripada hari Isnin hingga Ahad termasuk hari cuti umum dengan waktu buka 9.30 pagi hingga 5 petang.

         Kadar bayaran masuk bagi orang dewasa adalah RM 20 dan adalah PERCUMA bagi kanak-kanak. Lawatan panduan perlu ditempah sebelum tarikh mengunjung dengan pihak pentadbir tempat tersebut untuk memastikan slot sedia ada untuk pengunjung. Bahagian-bahagian yang menarik dan dibuka kepada pelancong adalah berikut:


Gambar Tangga Utama
Tangga Utama Rumah Agam Pinang Peranakan. 
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).

Dewan Ruang Tamu Rumah Agam Pinang Peranakan.
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).


Dewan Makan Rumah Agam Pinang Peranakan.
Sumber (Pinang Peranakan Mansion Home Page, 2021).


        Selain daripada fungsinya sebagai sebuah muzium, tempat tersebut juga terbuka untuk pelancaran majlis tertutup. Segala perbincangan dan cadangan boleh disampaikan kepada pihak pentadbir rumah agam Pinang Peranakan melalui beberapa talian yang siap disediakan untuk mendapat kadar harga yang menarik.







    Rumah agam Pinang Peranakan kini adalah sebuah muzium yang memberi peluang kepada sesiapapun untuk melihat keindahan Pinang Peranakan . Rumah agam Pinang Peranakan ini membawa banyak kepentingan.




Bahagian Luar Rumah Agam Pinang Peranakan. Sumber (Husna, 2020).

        Pertama supaya kisah dan sejarah Pinang Peranakan dapat dipelajari dan diingati. Masih ramai diluar sana yang tidak tahu tentang Peranakan seperti apa itu Peranakan? Makanan dan minuman Peranakan?  Budaya Peranakan? Arca dan seni Peranakan? Oleh itu , dengan adanya lokasi rumah agam Pinang Peranakan soalan-soalan seperti ini dapat dijawab. Pengunjung dapat melihat sendiri sejarah, budaya, hidangan dan seni kumpulan Pinang Peranakan. Mereka juga dapat mempelajari ilmu yang baharu.


    Kedua supaya keindahan dan keunikan Pinang Peranakan tidak akan hilang dan dilupakan. Jika lokasi ini tidak dijaga kemungkinan keindahan dan keunikan Pinang Peranakan tidak dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.


Susunan Ruang Makan . Sumber ( Husna, 2020).



    Ketiga untuk menarik perhatian ramai pelancong dalam dan luar negara. Disebabkan faktor pelancongan , rumah agam ini telah menjadi sebuah muzium yang membuka pintu kepada pelawat. Hal ini demikian juga dapat menjadi sumber pendapatan kepada Malaysia. Oleh itu, rumah agam Pinang Peranakan perlu dipelihara dan tidak dimusnahkan.

Kunjungan Para Pelancong . Sumber (Husna, 2020).



Keempat supaya ekonomi negara dapat dibangunkan. Apabila ramai orang mengunjungi dan mengetahui tentang lokasi ini secara automatiknya mereka akan menyedari tentang keunikan Pinang Peranakan yang akan menarik perhatian pelabur asing untuk menjalankan perniagaan dan kerjasama dengan Malaysia.

    Kelima supaya murid-murid di sekolah dapat mempelajari dan melihat dengan mata mereka sendiri tentang Pinang Peranakan. Pembelajaran subjek Sejarah akan menjadi lebih menarik kepada para pelajar. Guru-guru dan pihak sekolah dapat menjalankan rombongan pembelajaran ke lokasi ini.


    Keenam supaya para pengkaji dapat mengkaji dengan lebih lanjut tentang Pinang Peranakan. Para pengkaji dapat menulis lebih banyak buku ataupun artikel tentang Pinang Peranakan. Tambahan pula, filem tentang Pinang Peranakan juga dapat difilemkan supaya sesiapa yang tidak pernah mengunjungi lokasi ini dapat melihat dan mempelajari tentangnya melalui filem.



Perbincangan

 


        
            Bangunan bersejarah seperti  Rumah Agam Pinang Peranakan perlulah dikekalkan dan dilindungi. Hal ini kerana bangunan bersejarah ini merupakan iktibar atau panduan kepada generasi muda zaman ini. Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dapat dijadikan sebagai bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia. Oleh itu, Rumah Agam Pinang Peranakan ini sepatutnya dipelihara dan dipulihara oleh rakyat Malaysia.



             Antara langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah kerajaan patutlah menjaga struktur binaan bangunan bersejarah ini agar keunikannya dapat dikekalkan dengan sempurna. Kerajaan perlulah memulihara bangunan bersejarah ini jika mengesan terdapat tanda-tanda kerosakan padanya. Dengan ini, keaslian seni bina bangunan ini barulah dapat dikekalkan selama mungkin. Apabila terdapat sesiapa yang cuba merosakkan dan menceroboh bangunan bersejarah ini, kerajaan bolehlah mendenda mereka dengan hukuman kompaun atau dipenjarakan.Hal ini dapatlah mengelakkan kerosakan pada bangunan bersejarah ini dengan berkesan(Permohonan.my).

Seterusnya, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah pihak sekolah mengadakan program lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat menambah pengetahuan tentang sejarah Malaysia dan juga kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.Bukan itu sahaja,mereka juga akan menyedar akan tanggungjawab mereka dalam melindungi bangunan bersejarah ini yang ditinggalkan oleh orang dahulu supaya generasi seterusnya dapat lihat juga. Selain itu, yuran masuk yang dikenakan pada pelajar dan pengunjung dapatlah membantu dalam kestabilan sumber kewangan pihak yang bertanggungjawab menguruskan bangunan bersejarah ini. Dengan ini, mereka dapat menggunakan wang itu untuk  memulihara bangunan ini(Permohonan.my).

        Tambahan pula , langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah terletak pada peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan pendidik pertama anak-anak mereka. Ibu bapa digalakkan menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan bersejarah bagi menarik minat dan memupuk sifat cintakan sejarah negara. Ibu bapa perlulah membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik termasuk bangunan-bangunan bersejarah semasa cuti sekolah supaya anak-anak dapat melihat keunikan bangunan-bangunan binaan di  negara sendiri. Oleh hal yang demikian, dapatlah mewujudkan semangat patriotisme dalam sanubari mereka dan mengenali tokoh-tokoh serta kesenian warisan negara. Secara tidak langsung, ia dapat menambah bilangan pengunjung dan pendapatan syarikat yang menguruskan bangunan bersejarah serta meningkatkan industri pelancongan (Blissful Life, 2017).

Sumber: Gambar Ibu Bapa
(msutoday, n.d).

  Sehubungan dengan itu, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah adalah melalui media massa. Syarikat-syarikat produksi digalakkan supaya menghasilkan dokumentari khas yang berkisar mana-mana bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, dokumentari khas tersebut dapat memperkenalkan tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dalam dokumentari tersebut bolehlah menyiarkan keindahan tempat bersejarah dan sejarah yang berlaku pada bangunan tersebut. Dengan ini, orang ramai dapat menambah info tentang peristiwa-peristiwa mengenai bangunan bersejarah di Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa media massa boleh memberikan kesan yang besar kepada dunia luar. Dengan bantuan media massa, pihak-pihak berkenaan dapat membuat publisiti secara besar-besaran dan mengajak orang ramai mengunjungi bangunan bersejarah. Semakin banyak orang mengetahui tentang kewujudan tempat bersejarah, semakin meriah lokasi-lokasi tersebut, justeru dapatlah sumber pendapatan mencukupi untuk pihak pengurusan (Permohonan.my).

Sumber: Gambar Media Massa 

(ANON, 2017).


     Akhir sekali, langkah untuk melindungi tempat atau warisan bersejarah ialah melalui peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia perlu menjadikan tempat bersejarah sebagai salah satu lokasi yang perlu dikunjungi oleh pelancong. Agensi pelancongan perlu memasukkan tempat-tempat bersejarah sebagai satu pakej pelancongan mereka. Rata-rata pengunjung dan pelancong yang bertandang mesti akan tertarik dengan keunikan bangunan bersejarah seperti Kota A'Famosa, Kota Cornwallis, Istana Kellis, dan Bangunan Stadhuys. Oleh itu, sebagai daya tarikan dan tatapan bagi pelancong asing, bangunan bersejarah mesti dipelihara dan dipulihara. Bangunan bersejarah ini berkait rapat dengan evolusi manusia dan sejarah tanah air kita, jadi ia mempunyai daya tarikan yang kuat. Seperti yang kita semua tahu, para pelancong sangat berminat untuk mengunjungi dan memberi penghormatan kepada bangunan bersejarah. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat pelancong asing untuk belajar mengenai sejarah negara kita dan juga dapat meningkatkan sumber pendapatan negara dalam bidang pelancongan. (MYPT3,2020).




Sumber: Gambar logo Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
(ANON, 2016).















Rujukan

 




ANON. (n.d.) Pemilik Terhebat No.25 China Street- Chung Keng Kwee. Daripada: http://eastindieshotel.com/chung-keng-kwee/ (Diperolehi: 16 Jun 2021)

Aquino,M. (2021) Pelancongan Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang. Daripada: https://ms.traasgpu.com/pelancongan-rumah-agam-peranakan-pulau-pinang/ (Diperolehi: 11 Mei 2021)

Blissful Life. (2017) Karangan Bahagian B Cara-cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah. Daripada: https://babyofthelastcentury.blogspot.com/2017/12/karangan-bahagian-b-cara-cara_28.html?fbclid=IwAR3eXOchw2MlhjtlTKiS2FktJc9b7Av8G1Lcuuo1Hm85i_MoHwGRL5lVEuc  (Diperolehi: 3 Mei 2021)

Husna. (2020) Sisi Unik Muzium Peranakan Pulau Pinang, Lokasi Ideal Buat Si Pecinta Warisan.Daripada:https://www.libur.com.my/sisi-unik-muzium-peranakan-pulau-pinang-lokasi-ideal-buat-si-pecinta-warisan/ (Diperolehi : 22 Mei 2021)

Idea Terkini.(2021) Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara Bangunan).Daripada:https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah (Diperolehi: 29 April 2021)


Islam, T. (2012) Tamadun Asia Tenggara: Baba Dan Nyonya Di MELAKA. Daripada Tamadun Asia Tenggara website: http://tamadunasia.blogspot.com/2012/03/baba-dan-nyonya-di-melaka.html ‌( Diperolehi 16 Jun 2021)


Kata Malaysia. (n.d.) Asal usul Baba dan Nyonya. [Atas Talian] Daripada: https://katamalaysia.my/culture/asal-usul-baba-dan-nyonya/. ‌( Diperolehi 16 Jun 2021)

MrJocko. (2018) Pinang Peranakan Mansion Rumah Agam Mewah Cina Pulau Pinang. Daripada: https://www.mrjocko.com/2018/10/pinang-peranakan-mansion-rumah-agam.html (Diperolehi: 11 Mei 2021).

MYPT3. (2020) Langkah Memelihara Bangunan Bersejarah Dan Cara Memulihara Binaan. Daripada:https://mypt3.com/langkah-memelihara-bangunan-bersejarah?fbclid=IwAR0hMSlJOQ4y8BjNDS6VJXjMmh1wG_BoRcFdF1SnbaZjdm-_hTP18PjelK4  (Diperolehi: 3 Mei 2021)

Noren,A. (2021) 11 Makanan Tradisi Baba Nyonya Yang Kian Hilang Ditelan Zaman. Daripada: https://rajacuti.com/2020/04/02/11-makanan-tradisi-baba-nyonya-yang-kian-hilang-ditelan-zaman/(Diperolehi 16 Jun 2021)

Permohonan.my. Cara Memelihara Bangunan Bersejarah (Langkah Memulihara). Daripada: https://www.permohonan.my/cara-memelihara-bangunan-bersejarah/ (Diperolehi: 3 Mei 2021)

Pinang Peranakan Mansion. (2004) Pinang Peranakan Mansion: About Us. Daripada: http://www.pinangperanakanmansion.com.my/index.htm#About_Us (Diperolehi: 11 Mei 2021)

Tee,K,W. (2012) Sejarah & Latar Belakang Baba Dan Nyonya. Daripada : http://shegroup44.blogspot.com/2012/10/sejarah-latar-belakang-baba-dan-nyonya.html (Diperolehi: 11 Mei 2021)

Tye,T. (2004)Pinang Peranakan Mansion (Hai Kee Chan). Daripada: https://www.penang-traveltips.com/hai-kee-chan.htm (Diperolehi: 16 Jun 2021)









Ahli -Ahli Kumpulan

Goh Shien Hoon (DBS21003) Lim Sin Yen (DBS21002) Lim Yi Kean (DHM19013) Tan Li Yan (DBS20037) Seng Ying Qi (DBS21004) Nur Maslina Sidek Bint...